FAHAMAN YANG SAHIH PADA AL- SUNNAH DAN AL- BID’AH
Disediakan
Al-Sunnah dan al-Bid’ah adalah dua perkara yang
berlawanan pada tuturan Soohibal- Syara’ , maka tidak dapat didefinasikan
salah-satu dari keduanya melainkan dengan mendefinasikan pasangannya, dengan
makna bahawa keduanya adalah saling berlawanan, (dengan sebab berlawanan
definasi, ternyata segala perkara). Sesungguhnya kebanyakan pengarang telah
mendefinasikan makna al-Bid’ah terlebih dulu dari al-Sunnah , maka sebab itu
mereka jatuh kejurang yang sempit yang tidak mampu untuk keluar darinya dan
berlumuran dengan dalil-dalil yang bercanggah dengan penta’rifan al- Bid’ah
mereka . Jika mereka mendahulukan definasi al-Sunnah nescaya mereka dapat
keluar dari kekeliruan dengan dhobith- dhobith yang tidak bercanggahan.
Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis berkenaannya, bersungguh-sungguh
mendahulukan mendefinasikan al-Sunnah , kemudian barulah dengan pasangannya
yang berlawanan iaitu al-Bid’ah , seperti yang dilihat dalam hadis-hadis yang
berikut:
1. Hadis Jabir disisi Muslim:
{ Adalah Rasulullah apabila berkhutbah , merah kedua mata
baginda dan meninggi suara. Baginda bersabda : Amma ba’du ,maka sebaik-baik
hadis itu adalah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad
dan sejahat –jahat perkara adalah perkara baru. Tiap-tiap perkara baru adalah
Bid’ah , dan setiap bid’ah adalah sesat.}. AL-Bukhari telah mentakhrijkannya
sebagai mawquf atas Ibnu Mas’ud.
1. Menjelaskannya
lagi oleh hadis Irbadh disisi Abi Daud dan al-Tirmizi , al-Tirmizi berkata
Hasan Sahih , Ibnu Majah dan selain beliau
Baginda bersabda : Daku berwasiat kepada kamu
dengan bertakwa kepada Allah s.w.t dan dengarlah (patuhilah amir ) sekalipun
bahawa memerintahkan kamu oleh seorang Habsyhi , Sesungguhnya….. sesiapa yang
sempat hidup selepas wafatku akan melihat pertelingkahan yang banyak . Maka
lazimkan olehmu berpegang dengan al-Sunnahku dan Sunnah al-Khulafa al- Rashidin
al- Mahdiyyin , gigitlah ia dengan gigi gerham . Jaga-jagalah akan
perkara-perkara baru, maka sesungguhnya setiap yang bid’ah adalah sesat}.
3. Telah menjelaskannya lagi oleh hadis Muslim dari Jarir
r.a:
{Sesiapa yang melakukan satu SUNNAH yang baik didalam
Islam, maka ia mendapat pahala perbuatannya dan pahala sesiapa yang beramal
dengan (SUNNAH) nya selepas (kematian) nya.Tidak berkurang pahalanya
sedikitpun. (Sebaliknya) sesiapa yang melakukan satu SUNNAH yang buruk , adalah
dosa atasnya dan dosa mereka yang beramal dengan (SUNNAH BURUK) nya selepas
(kematian) nya, tidak berkurang sedikitpun dosa-dosa mereka yang akan
ditanggungnya).}
Seumpama hadis-hadis ini ada lagi hadis-hadis lain yang
beredar disekitarnya . Salahsatunya hadis riwayat Ibnu Masud r.a:
1. Sesiapa
yang menunjjukan perkara kebaikan maka baginya seumpama pahala orang yang
melakukannya. Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk , nescaya dia mendapat
pahala seumpama pahala mereka yang mengikutinya ,tidak ada kurang pahalanya
sedikitpun. Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan ,adalah ia mendapat dosa…..
1.Takrif al-Sunnah disisi ilmu Musthalah memaksudkan
“hadis-hadis”.
2.Takrif al-Sunnah disisi ilmu Fiqh dan Usulnya,
bermaksud Muqobil (lawanan) bagi “al-Waajib”.
Saya menegaskan , jika dipakai makna ayat “Sunnatun
Hasanatun dan Sunnatun Sayyiatun” sebagai makna 2 takrifan yang tersebut adalah
yang betul dan menepati kehendak lafaz hadis tersebut?, maka timbul kemuskilan
yang besar pula, iaitu ” adakah pernah dijumpai dimana-mana petunjuk dalil
bahawa terdapatnya satu contoh Sunnah Jahat (Sunnatun Sayyiatun) dalam
Perbuatan, perkataan dan cita-cita Nabi s.a.w????? “. maka fikirkanlah dan
kajilah dengan melalui method yang wajar.
Lampiran (dari admin salafytobat) :
1. Ayat al-qur’an
Bid’ah Huda (baik) dan Bid’ah Dlalalah (sesat). Allah
ta’ala berfirman:
( (ورهبانية
ابتدعوها ما كتبناها عليهم
إلا ابتغاء رضوان الله)
(سورة الحديد : 27
Maknanya: “… dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah
padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang
mengada-adakannya)
untuk mencari keridlaan Allah” (Q.S. al Hadid: 27)
>>>> lihat dalam ayat ini : ini fi’il atau kata kerja yg artinya
mengada-adakan ,(lafadz bid’ah adalah kata isim (benda))
Allah memuji perbuatan para pengikut nabi Isa
‘alayhissalam yang muslim, yaitu melakukan rahbaniyyah (menjauhkan diri dari
hal-hal yang mendatangkan kesenangan nafsu, supaya bisa berkonsentrasi penuh
dalam melakukan ibadah), padahal hal itu tidak diwajibkan atas mereka. Hal ini
mereka lakukan sematamata
2. Menurut Imam Syafi’i tentang pemahaman bid’ah ada dua
riwayat yang menjelaskannya.
Pertama, riwayat Abu Nu’aim;
‘Bid’ah itu ada dua macam, bid’ah terpuji dan bid’ah
tercela. Bid’ah yang sesuai dengan sunnah, maka itulah bid’ah yang terpuji
sedangkan yang menyalahi sunnah, maka dialah bid’ah yang tercela’.Kedua,
riwayat Al-Baihaqi dalam Manakib Imam Syafi’i :
‘Perkara-perkara baru itu ada dua macam. Pertama,
perkara-perkara baru yang menyalahi Al-Qur’an, Hadits, Atsar atau Ijma’. Inilah
bid’ah dholalah/ sesat. Kedua, adalah perkara-perkara baru yang mengandung
kebaikan dan tidak bertentangan dengan salah satu dari yang disebutkan tadi,
maka bid’ah yang seperti ini tidaklah tercela’.
Menurut kenyataan memang demikian, ada bid’ah yang baik
dan terpuji dan ada pula bid’ah yang buruk dan tercela. Banyak sekali para Imam
dan ulama pakar yang sependapat dengan Imam Syafi’i itu. Bahkan banyak lagi
yang menetapkan perincian lebih jelas lagi seperti Imam Nawawi, Imam Ibnu
‘Abdussalam, Imam Al-Qurafiy, Imam Ibnul-‘Arabiy, Imam Al-Hafidh Ibnu Hajar dan
lain-lain.
Ada sebagian ulama yang mengatakan bahwa bid’ah itu
adalah segala praktek baik termasuk dalam ibadah ritual maupun dalam masalah
muamalah, yang tidak pernah terjadi di masa Rasulullah saw. Meski namanya
bid’ah, namun dari segi ketentuan hukum syari’at,, hukumnya tetap terbagi
menjadi lima perkara sebagaimana hukum dalam fiqih. Ada bid’ah yang hukumnya
haram, wajib, sunnah, makruh dan mubah.
Menurut Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Baari
4/318 sebagai berikut: “Pada asalnya bid’ah itu berarti sesuatu yang diadakan
dengan tanpa ada contoh yang mendahului. Menurut syara’ bid’ah itu dipergunakan
untuk sesuatu yang bertentangan dengan sunnah, maka jadilah dia tercela. Yang
tepat bahwa bid’ah itu apabila dia termasuk diantara sesuatu yang dianggap baik
menurut syara’, maka dia menjadi baik dan jika dia termasuk diantara sesuatu
yang dianggap jelek oleh syara’, maka dia menjadi jelek. Jika tidak begitu,
maka dia termasuk bagian yang mubah. Dan terkadang bid’ah itu terbagi kepada
hukum-hukum yang lima”.
Pendapat beliau ini senada juga yang diungkapkan oleh
ulama-ulama pakar berikut ini :
1. Jalaluddin
as-Suyuthi dalam risalahnya Husnul Maqooshid fii ‘Amalil Maulid dan juga dalam
risalahnya Al-Mashoobih fii Sholaatit Taroowih;
2. Az-Zarqooni
dalam Syarah al Muwattho’ ;
3. Izzuddin
bin Abdus Salam dalam Al-Qowaa’id ;
4. As-Syaukani dalam Nailul Author ;
5. Ali al Qoori’ dalam Syarhul Misykaat;
6. Al-Qastholaani
dalam Irsyaadus Saari Syarah Shahih Bukhori, dan masih banyak lagi ulama
lainnya yang senada dengan Ibnu Hajr ini yang tidak saya kutip disini.
No comments:
Post a Comment
ini komentar